Empower Edu-Tour Galak 117 Murid Orang Asli Minat Sains dan Matematik
Kuantan, 20 November- Keceriaan jelas terserlah pada wajah 117 murid Orang Asli daripada empat buah sekolah rendah sekitar Pekan dan Bera apabila menyertai Program Empower Edu-Tour di Perpustakaan Awam Pahang baru-baru ini. Mereka merupakan murid SK Bukit Gemuruh, SK Iskandar, SK Bukit Rok dan SK Permatang Keledang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif program pembangunan modal insan anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan kerjasama UMP Advanced Education (UMPA) dalam memberi inspirasi kepada murid-murid untuk minat membaca.
Menurut Shamsulkahar, ianya juga dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk lebih kreatif dan meminati pembelajaran dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Melalui pendekatan ini juga akan lebih menarik minat mereka untuk suka membaca dan mengetahui perpustakaan adalah gedung ilmu. Pelbagai pendedahan dan pengalaman baru yang dirasai oleh murid-murid ini sepanjang mengikuti lawatan ini,” katanya. Hadir sama Pro-Pendaftar UMP, Abd Rahman bin Hj. Safie dan Pemangku Pengurus Besar, Jabatan Sosioekonomi dan Projek Khas UMPA, Shamsulkahar Abdul Shukor.
Menurut salah seorang murid SK Kg.Bukit Gemuruh,Bera,11, Nurul Ain Mohd Sam berkata, beliau sememangnya minat membaca buku, di Perpustakaan ini terdapat banyak buku yang menarik dan persekitarannya juga amat menarik minat kepada kanak-kanak. Ianya membuatkan beliau tidak sabra untuk menceritakan keseronokan di sini kepada kedua ibu bapanya. Selain itu, berharap akan datang lagi ke sini bersama keluarga.
Manakala rakannya Azief Farhan A/L Hamdi,11, pula berkata sangat teruja apabila pertama kali dapat mengunjungi Pertosains dan Perpustakaan Awam Pahang. Selain itu, berpeluang mempelajari membuat "slime" dengan bahan yang selamat digunakan.
Ujarnya, walaupun beliau tidak dapat berkunjung ke Petrosains di Kuala Lumpur namun Azief tidak terkilan kerana di Petrosains di Perpustakaan Awam Pahang mereka dapat teroka pelbagai aktiviti interaktif yang menarik. “Terima kasih ECER dan UMP dengan penganjuran program ini,” katanya.
Penganjuran Program Empower ECER Latihan Akademik ini juga dapat merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar melalui peningkatan prestasi akademik para pelajar dan kemahiran vokasional para peserta.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris daripada Bahagian Komunikasi Korporat
- 85 views