Skip to main content

Menyantuni tetamu kediaman sihat sempena Aidilfitri

Keriangan bulan Syawal sangat sinonim dengan kedatangan Aidilfitri. Persiapan kediaman di bulan Syawal merupakan satu kemestian setiap pemilik kediaman bagi menerima kehadiran tetamu yang berkunjung. Kedatangan tetamu akan mengundang kemeriahan suasana kediaman yang sihat dan selesa. 

Rumah yang bersih menjadi satu keceriaan untuk menjadikan penghuni dan tetamu berkunjung di rumah terbuka dalam keadaan yang selesa dan berasa segar. Kehadiran tetamu menjadikan Aidilfitri setahun sekali lebih bermakna apabila kediaman dihiasi dengan susunan perabot dalaman yang teratur. Sentiasa mengamalkan good housekeeping supaya tidak mengganggu jalan keluar terutama di ruang tamu dan ruang makan. 

Menyantuni tetamu kediaman sihat sempena Aidilfitri

Penyesuaian kediaman sihat memerlukan kreativiti dan keberanian dalam penyusunan perabot dalaman, gabungan warna dominan mampu mengubah perasaan tetamu yang hadir. Jadikan keriangan di Aidilfitri satu kenangan eksklusif tetamu yang hadir dengan melihat kediaman Aidilfitri selesa dikunjungi tetamu bertandang sekejap sahaja. 

Pintu masuk utama merupakan laluan utama kediaman yang sihat. Serikan laluan utama dengan keceriaan warna yang mampu membangkitkan rasa keceriaan tuan rumah menerima kehadiran tetamu yang berkunjung. Hiasan tema air dan bunga-bungaan segar akan menceriakan detik rasa cinta pertama tetamu berkunjung kediaman sihat. Pasu-pasu kecil boleh menjadikan satu tarikan indah tetamu yang berkunjung. Pokok gantungan berbunga warna segar akan menjadikan pandangan indah di pintu masuk utama kediaman sihat. 

Penataan pencahayaan dalaman mampu membangkitkan rasa keceriaan dalaman. Keceriaan suasana dalaman dengan pencahayaan yang cerah dan menenangkan. Gabungan pencahayaan, penyusunan perabot dan lantai bercirikan kemasan kayu mampu menonjol ruang agar kelihatan lebih tenang dan hidup. Dinding bercermin mampu menjadikan ruang sempit kelihatan luas. 

Hiasan dalaman tidak seharusnya yang mahal dan baharu tetapi penyusunan yang teratur dan di serikan dengan warna dinding akan menyerikan dalaman rumah. Dekorasi kediaman menerusi perancangan penyusunan perabot dalam yang teratur mampu memberi nafas baharu tanpa memerlukan aktiviti pengubahsuaian yang besar atau melibatkan kos yang tinggi. Bagi ruang lain dipadankan dengan warna tona lembut bagi mengelakkan ruang terasa sempit dan kurang menarik. Kediaman sihat akan menceriakan semua ruang dalaman. 

Bagi menyerikan dalaman pemilihan warna yang sesuai akan mengubah suasana kediaman baik segi dalaman atau luaran. Tetapan hiasan ruang yang akan menjadikan satu ruang tumpuan tetamu. Ruang tumpuan haruslah mempunyai satu karakter seperti mengadakan dinding tumpu atau feature wall. Sebagai panduan dinding tumpu boleh di padankan dengan satu warna dominan. Ia akan membentuk identiti ruang utama. Kenangan tuan rumah boleh menyediakan satu ruang untuk penataan potret keluarga atau gambar kenangan terdahulu bagi membangkitkan rasa mesra keluarga. Padanan gubahan susunan potret akan menjadikan satu suasana yang indah terutama di dinding tumpu. 

Menyantuni tetamu kediaman sihat sempena Aidilfitri

Tidak ketinggalan menyerikan kediaman Aidilfitri sihat dengan warna-warni flora yang menenangkan akan menyegarkan tetamu yang berkunjung. Haruman dari bunga-bungaan segar membangkitkan aroma yang menyihatkan. Bauan aroma terapi yang segar memberikan rasa tenang kepada pengunjung. 

Keceriaan dan keramahan tetamu menziarahi akan menggamit kenangan yang menjadi cuitan selepas menghadiri kediaman sihat Aidilfitri. Jadikan kehadiran tetamu berkunjung kediaman sihat mampu membangkitkan untuk menyulam silaturahim di Aidilfitri. Semoga kediaman sihat dirahmati dengan doa senyuman dan menyantuni tetamu yang berkunjung dengan mencipta satu kenangan suasana keceriaan. 

 

Menyantuni tetamu kediaman sihat sempena Aidilfitri

 

 

 

 

 

Oleh: Br. Ts. Dr. Mohammad Affendy Omardin
E-mel: affendi@umpsa.edu.my

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Reports by:
AINIEY