Naib Canselor UMPSA lancar Inisiatif Perkhidmatan Pelajar dan lawat Residen Pelajar
GAMBANG, 16 Januari 2025 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias hari ini melancarkan Inisiatif Perkhidmatan Pelajar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).
Malah, beliau juga turut mengadakan lawatan rasmi ke Residen Pelajar 1 dan 3 di UMPSA Kampus Gambang dan turut merasmikan beberapa inisiatif perkhidmatan pelajar iaitu Dobi Berpusat, Gimnasium Siswi, UMPSA Express Meal dan Dapur Siswa.
Beliau juga turut berkesempatan untuk membuat lawatan ke Pusat Parcel Pelajar, Bilik Penginapan Residen Pelajar, Student Lounge, Kafeteria Premium dan meninjau menu siswa rahmah yang disediakan.
Menurut Profesor Dr. Yatimah Alias, inisiatif perkhidmatan pelajar yang dijalankan amat bagus dan memberi manfaat kepada para pelajar.
"Keperluan pelajar sangat penting dan UMPSA sangat menitikberatkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk para pelajar serta sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan yang disediakan,” ujarnya.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.
Turut hadir Pendaftar, Dato’ Saiful Bahari Ahmad Bakarim, Bendahari, Dato’ Zainudin Othman, Penasihat Undang-undang, Marlina Mamat dan Ketua Pustakawan, Kamariah Gono.
Disediakan oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
- 198 views