Skip to main content

NC UMPSA berucap di Persidangan China (Heilongjiang) - Malaysia Higher Education Week 2024

DAQING, CHINA, 21 April 2024 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin diundang bagi menyampaikan ucapan pada di ‘University President Roundtable Forum’ bersempena dengan Persidangan China (Heilongjiang) - Malaysia Higher Education Week 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 21 April 2024 di Northeast Petroleum University, Daqing baru-baru ini. 

Pada kali ini, beliau menyampaikan ucapan bertajuk 'Fostering Innovation Through Educational Collaboration: Malaysia and China Partnership'.

Selain mempromosikan UMPSA kepada institusi pendidikan tinggi di China, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie turut berkongsi kolaborasi yang telah terjalin di antara UMPSA dengan institusi pendidikan dan industri di China.

CHINA

Katanya, Confucius Institute (CI) di UMPSA adalah bukti dedikasi UMPSA terhadap integrasi budaya. 

“Di sini, budaya Malaysia dan Cina bercantum dan kita meraikan kesatuan ini melalui pelbagai acara dan program" ujarnya yang turut menyentuh mengenai peranan dan sumbangan CI UMPSA dalam kolaborasi UMPSA-Malaysia-China.

Malah katanya, UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal sangat selari dengan komitmen kedua-dua negara iaitu Malaysia dan China dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

“Program-program ini direka bentuk untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat di negara kita,” ujarnya. 

Beliau turut berkongsi kejayaan UMPSA dalam program kerjasama Ijazah Dual UMPSA-Beijing Jiatong University (BJTU) yang kini diperluas ke China bagi mengikuti yang membabitkan bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal ini bakal menyumbang terhadap pembangunan industri rel negara. 

Turut hadir Deputy Director-General of Foreign Affairs Office Government of Heilongjiang, Li Shengbin, Timbalan Datuk Bandar Daqing, Lu Jian Guo, pengurusan tertinggi Northeast Petroleum University dan institusi pendidikan tinggi dan Vokasional di Daqing. 

Turut sama Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli. 

Kehadiran Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie adalah jemputan khas daripada Pejabat Hal Ehwal Luar dan Jabatan Pendidikan Wilayah Heilongjiang berdasarkan hubungan baik UMPSA dengan institusi pendidikan di China serta meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Delegasi turut mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Presiden, Harbin Institute of Technology (HIT), Zhen Liang yang merupakan rakan kerjasama strategik UMPSA di Harbin, China.

Disediakan oleh: Mohd Ferdaus Musa, Pejabat Naib Canselor
 

Reports by:
Ferdaus