Skip to main content

Pameran Kenderaan e-Motion UMPSA tarik minat pengunjung di Hari Terbuka PPD dan Karnival Pendidikan Madani Daerah Pekan 2026

PEKAN, 16 September 2026 - Kemunculan kenderaan e-Motion pada Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Karnival Pendidikan Madani Peringkat Daerah Pekan Tahun 2026 menjadi tarikan pengunjung dalam acara yang berlangsung di di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan, Pahang hari ini.

Turut mendapat perhatian, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Amzan Malek, ketika melakukan lawatan ke reruai pameran UMPSA.

Dalam kunjungan ini, beliau menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UMPSA atas penglibatan universiti membawa kenderaan e-Motion yang disifatkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi medium untuk menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang TVET.

Penglibatan UMPSA dalam program berkenaan turut melibatkan Pusat TVET Termaju dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan UMPSA yang memberikan informasi berkaitan peluang melanjutkan pengajian di UMPSA.

Kemunculan kenderaan e-Motion pada Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Karnival Pendidikan Madani Peringkat Daerah Pekan Tahun 2026 menjadi tarikan pengunjung dalam acara yang berlangsung di di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan, Pahang hari ini. Turut mendapat perhatian, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Amzan Malek, ketika melakukan lawatan ke reruai pameran UMPSA. Dalam kunjungan ini, beliau menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UMPSA atas penglibatan universiti membawa kenderaan e-Motion yang disifatkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi medium untuk menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang TVET. Penglibatan UMPSA dalam program berkenaan turut melibatkan Pusat TVET Termaju dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan UMPSA yang memberikan informasi berkaitan peluang melanjutkan pengajian di UMPSA.

Menurut Pegawai Latihan Vokasional di Akademi TVET Termaju,  Mohd Idzwanrosli Mohd Ramli, kehadiran e-Motion di program berkenaan juga memperlihatkan pendekatan UMPSA dalam mendekatkan inovasi universiti dengan komuniti sekolah, khususnya dengan memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung hasil pembangunan teknologi dan kejuruteraan yang dihasilkan oleh warga universiti.

“Kenderaan e-Motion sebelum ini telah mencuri perhatian di peringkat nasional apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada siri pertama Next Generation Vehicle (NxGV) Challenge 2025, anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) bersama SAE Malaysia, dengan Perodua sebagai penaja utama.

“Pencapaian tersebut menjadi antara bukti keupayaan warga UMPSA dalam menghasilkan inovasi yang menggabungkan elemen kejuruteraan, mobiliti masa hadapan dan teknologi kenderaan.

“Kecemerlangan pasukan UMPSA dalam bidang kenderaan berprestasi tinggi turut diteruskan menerusi penyertaan dalam Formula Student Malaysia (FSM) 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 23 April 2026 di Litar Dato’ Sagor, Perak,” ujarnya. 

Pada pertandingan tersebut, UMPSA mengambil bahagian dalam dua kategori utama, iaitu 150cc International Combustion Engine (ICE) dan Electric Vehicle (EV), sekali gus memperlihatkan kesungguhan universiti dalam memperkasakan pengalaman pembelajaran berasaskan projek dan aplikasi sebenar dalam kalangan pelajar.

Sementara itu, program Hari Terbuka PPD dan Karnival Pendidikan Madani Daerah Pekan 2026 turut menampilkan pelbagai pengisian berkaitan pendidikan dan pembangunan generasi masa hadapan.

Program dimulakan dengan slot Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Antibuli, diikuti sesi taklimat Tekad – Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Mahadzir Omar

Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Karnival Pendidikan Madani Peringkat Daerah Pekan 2026 yang merangkumi ketibaan tetamu jemputan, persembahan robotik oleh Robosociety Daerah Pekan, ucapan perasmian serta taklimat NADI Negara oleh Dato’ Amzan Malek.

Karnival turut diserikan dengan penyertaan pelbagai agensi berkaitan serta Jualan Madani, sekali gus menyediakan ruang interaksi antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, pelajar, guru dan komuniti setempat.

Program menghimpunkan pelbagai agensi pendidikan, kerajaan, institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat itu menjadi platform bagi memperkenalkan peluang pendidikan, inovasi, teknologi serta perkembangan semasa dalam sektor pendidikan kepada masyarakat, khususnya warga pendidikan dan pelajar di daerah Pekan.

Disediakan Oleh: Wallid Wahidi Hamzah, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri