Skip to main content

UMP tersenarai di kedudukan 301-400 THE University Impact Rankings 2023

KUANTAN, 2 Jun 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan 301-400 terbaik dunia daripada 1,591 universiti seluruh dunia dan ketujuh terbaik di Malaysia dalam penarafan Times Higher Education (THE) University Impact Rankings yang diumumkan baru-baru ini.
 
UMP tersenarai  dalam tujuh Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) untuk SDG 1: No Poverty (#101-200), SDG4: Quality Education (#301-400), SDG6: Clean Water and Sanitation (#101-200), SDG7: Affordable and Clean Energy (#53), SDG9: Industry, Innovation and Infrastructure (#401-600) dan SDG 12: Responsible Consumption and Production (#201-300) dan SDG17: Partnership for the Goals (#101-200) yang menunjukkan hubungan baik universiti dengan pelbagai pihak dan peringkat termasuk komuniti dan industri.
 
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, dalam usaha mencapai matlamat Pembangunan Kampus Lestari berdasarkan Pelan Strategik UMP 2021-2025 universiti telah memfokuskan kemajuan pembangunan kampus lestari dan mampan.

UMP tersenarai kedudukan 301-400 THE University Impact Rankings 2023

“Pada tahun ini, Inisiatif Kampus Lestari akan dirancakkan dengan beberapa perancangan dalam mengurangkan impak pengangkutan terhadap alam sekitar dan Projek Pengairan Tanaman dan Penghutanan Kampus turut dijalankan menerusi kajian penyelidikan UMP Lestari Smart Irrigation Systems.
 
“Selain itu, pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi memastikan amalan penjimatan tenaga dan sumber seperti pengurangan penggunaan air bersih (treated water) melalui penggunaan peralatan cekap air, penukaran lampu sedia ada kepada lampu jimat tenaga secara berperingkat serta penjimatan tenaga elektrik termasuklah sasaran pengurangan pembebasan karbon turut dijadikan agenda utama universiti,” katanya.

Pihaknya akan turut sentiasa berusaha keras dalam memperkasakan budaya amalan lestari di universiti bagi melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan mampan.
 
UMP bertekad untuk mencapai sasaran neutral karbon pada tahun 2050 dan telah memperkenalkan UMP Carbon Neutral Roadmap berdasarkan empat fasa penurunan karbon secara berperingkat.
 
Matlamat utama THE Impact Ranking adalah mengenal pasti impak universiti dan kesannya terhadap masyarakat berdasarkan kejayaan institusi dalam melaksanakan Tujuh Belas Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah menggariskan 17 SDG ini dengan matlamat untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan menjelang tahun 2030.

Disediakan oleh: Mimi  Rabita  Haji  Abdul  Wahit,  Bahagian   Komunikasi   Korporat Jabatan Canseleri

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit