Skip to main content

UMPSA dilantik sebagai Sekretariat MPEN Pahang

KUANTAN, 6 Disember 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagai Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN).

MPEN Pahang merupakan satu usaha daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang untuk memajukan ekonomi rakyat negeri ini yang meliputi keseluruhan aspek pembangunan.

Berlangsung baru-baru ini, Mesyuarat MPEN yang pertama dan sesi penyerahan surat pelantikan yang disampaikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang. 

Hadir dalam majlis, bekas Pengerusi CIMB Berhad (CIMB), Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) berkuat kuasa 1 Disember lalu. 

Turut sama ahli-ahli MPEN iaitu Tan Sri Dato’ Sri  Dr. Abdul Aziz  Abdul Rahman, Tan Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Yang Berhormat Dato' Mohamad Nizar  Dato' Sri Mohamad Najib dan Low Ngai Yuen. 

Hadir sama dalam program Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli. 

Dalam pada itu, Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie merakamkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Negeri Pahang atas pelantikan UMPSA yang berperanan sebagai Sekretariat MPEN Pahang. 

MPEN akan memainkan peranan untuk menerajui penggubalan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang dan pelan pelaksanaan serta memberi nasihat strategik tentang peluang pembangunan ekonomi, cabaran dan perkembangan ekonomi baharu. 

Manakala tumpuan akan memfokuskan terhadap pembangunan industri, inovasi, tarikan pelaburan, perdagangan, pembangunan wilayah dan pembangunan tenaga kerja.

Disediakan oleh:  Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat 
 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit