Skip to main content

UMPSA kenang jasa mantan Lembaga Pengarah Universiti

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2024 - Majlis Sanjungan Budi Mantan Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah berlangsung baru-baru ini bagi menghargai sumbangan dan mengenang jasa mantan LPU, YM Raja Khairul Anuar Raja Abd Karim mantan Ahli Silih Ganti LPU Wakil Kementerian Kewangan dan mantan Ahli LPU Wakil Alumni, Madyasir Ahmad Basir.

Hadir dalam majlis, Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha. 

UMPSA kenang jasa mantan Lembaga Pengarah Universiti

Menurut Dato’ Seri Abdul Razak, pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala khidmat bakti. 

“Sumbangan ini pastinya amat dihargai sekiranya dapat diteruskan terutamanya khidmat nasihat dan kepakaran yang dapat dimanfaatkan oleh warga UMPSA,” ujarnya. 

Sementara itu, Profesor Ts. Dr. Aida dalam ucapannya berkata, majlis ini sebagai penghargaan bagi mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan kedua-dua tokoh kepimpinan yang banyak menyumbang bakti di universiti ini.

“Sumbangan yang dicurahkan oleh mantan Ahli Lembaga Pengarah Universiti ini sangat besar makna dan impaknya kepada UMPSA,” katanya.  

Hadir sama barisan ahli-ahli Lembaga Pengarah UMPSA, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato' Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Pendaftar, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim. 

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri