Skip to main content

UMPSA perkasa TVET Termaju, 2 Penolong Pegawai Latihan naik pangkat DV6

PEKAN, 6 Mei 2026 – Komitmen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dalam memperkasa Agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Termaju terus diperkukuh apabila dua orang Penolong Pegawai Latihan universiti itu menerima surat kenaikan pangkat ke Gred DV6, hari ini.

Surat kenaikan pangkat tersebut disampaikan Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias kepada Azri Idris dari Fakulti Teknologi Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Syed Najmuddin Syed Mohamad Nordin dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA).

Azri kini memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Teknologis Profesional (Tc.), manakala Syed Najmuddin turut giat melengkapkan kelayakan profesional sama.

 

Azri kini memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Teknologis Profesional (Tc.), manakala Syed Najmuddin turut giat melengkapkan kelayakan profesional sama.

Kedua-dua kenaikan pangkat itu berkuat kuasa mulai 31 Mac 2026.

Menurut Profesor Ts. Dr. Yatimah, pengiktirafan tersebut membuktikan kesungguhan universiti dalam memperkukuh pembangunan bakat teknikal dan pengajar TVET sejajar peningkatan ketara enrolmen pelajar TVET di UMPSA yang melonjak lebih 40 peratus.

“Tenaga pengajar teknikal perlu terus memperkasakan kompetensi diri menerusi pensijilan profesional bagi memastikan bidang TVET kekal relevan serta memenuhi kehendak industri semasa.

“UMPSA sentiasa memberi sokongan menerusi perancangan strategik di peringkat fakulti dan Jabatan Pendaftar bagi memastikan skim DV mempunyai laluan kerjaya yang jelas serta mampu menghargai kecemerlangan individu.

“Pengiktirafan seperti ini penting untuk terus menyuntik semangat dan motivasi kepada semua penyandang skim berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penyerahan surat kenaikan pangkat di universiti itu.

Azri kini memiliki Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Teknologis Profesional (Tc.), manakala Syed Najmuddin turut giat melengkapkan kelayakan profesional sama.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Bakat, Jabatan Pendaftar, Helmi Mohamed Isa berkata, prospek skim perkhidmatan DV dijangka semakin positif susulan pertemuan rasmi antara wakil UMPSA dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 5 Mei lalu.

“Hasil perbincangan itu dijangka membuka lebih banyak peluang dan merintis laluan kerjaya yang lebih jelas serta terjamin kepada kumpulan skim perkhidmatan DV pada masa depan,” katanya. 

Pengurusan universiti turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada kedua-dua penerima atas pencapaian tersebut yang dilihat mampu menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja UMPSA.

Disediakan Oleh: Siti Sakinah Mohtar

Reports by:
AINIEY