Skip to main content

UMPSA rai 14 bakal jemaah haji

KUANTAN, 8 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meraikan 14 staf UMPSA yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. 

Program tersebut telah berlangsung di Dewan Bankuet, UMPSA Kampus Gambang. 

Antara staf yang bertuah menjadi tetamu Allah SWT ialah Irman Khalil, Jabatan Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat, Profesor Madya Ts. Dr. Aishah Abu Bakar, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Puan Haslinda@Robita Hashim, Pusat Sains Kemanusiaan, Dr. Asmida Ideris, Dr. Khairatun Najwa Mohd Amin, Dr. Aainaa Nafsun dan Ts. Mohd Najib Razali, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, Dr. Nor Rul Hasma Abdullah dan Faradila Naim, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Lain-lain ialah Dr. Umi Kalsom Masrom, Pusat Bahasa Moden, Ts. Dr. Siti Suhaila Abdul Hamid, Fakulti Komputeran, Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Profesor Madya Dr. Mohd Sham Mohamad, Pusat Sains Matematik dan Mohd Azhar Kahar, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta.

Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Pendaftar, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Ketua Pustakawan, Kamariah Gono dan Penasihat Undang-undang, Marlina Mamat.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin mengucapkan tahniah  kepada staf yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini. 

Beliau turut menasihatkan agar para bakal Jemaah haji semua sentiasa bersabar ketika melakukan ibadah.

“Di samping itu juga, jagalah kesihatan agar dapat mencapai kesempurnaan dalam mengerjakan fardu haji,” ujarnya. 

Pada masa yang sama beliau turut menyerahkan sumbangan daripada Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (SEJAHTERA) kepada bakal jemaah haji tersebut. 

Menurut salah seorang bakal jemaah haji, Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri, beliau tidak menyangka terpilih untuk menunaikan ibadah haji di usia muda. 

“Saya bersyukur kerana terpilih untuk menunaikan haji di usia begini.

“Tambahan pula, saya akan berangkat ke tanah suci bersama-sama tujuh orang ahli keluarga saya termasuk ibu dan ayah serta empat lagi adik-beradik saya. 

“Ibu saya telah mendaftarkan haji kami adik beradik pada tahun 2009 dan alhamdulillah pada tahun ini kami semua dipanggil untuk mengerjakan ibadah haji bersama-sama,” katanya.

Bagi Ts. Mohd Najib Razali pula beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana akan menunaikan ibadah haji bersama isterinya yang juga merupakan staf UMPSA iaitu Faradila Naim. 

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak universiti yang mengadakan majlis bagi meraikan bakal jemaah haji dari kalangan warga UMPSA dan mengharapkan agar dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana kelak.

Disediakan oleh: Mohd Mukhris bin Awang, Jabatan Pendaftar
 

Reports by:
Admin UMP News