Skip to main content

UMPSA santuni waris staf menerusi penyerahan manfaat kematian takaful

PEKAN, 5 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menzahirkan komitmen dalam memelihara kebajikan warga kerjanya apabila menyempurnakan Majlis Serahan Bantuan Manfaat Kematian melalui Takaful Perlindungan Staf UMPSA – Etiqa Family Takaful Berhad yang berlangsung, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan.

Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias, bersama Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim, serta disaksikan oleh wakil kesatuan dan persatuan staf UMPSA. 

Turut hadir wakil Etiqa Family Takaful Berhad, Pengurus Kanan, Corporate Agency, Mohd Zaidi Mohamad Saad.

Majlis berkenaan mencerminkan keprihatinan UMPSA terhadap kebajikan warga kerjanya apabila manfaat takaful disampaikan kepada waris dua staf yang telah kembali ke rahmatullah, iaitu Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Allahyarham Mohd Arif Sulaiman dan Pembantu Khidmat Am, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Allahyarham Syaifful Emeza Husra Hussin sebagai usaha meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Waris Allahyarham Mohd Arif Sulaiman, Suriati Sulaiman, menerima manfaat bagi pihak keluarga, manakala manfaat bagi Allahyarham Syaifful Emeza Husra Hussin diterima oleh anak beliau, Nur Hasya Adriana. 

UMPSA santuni waris staf menerusi penyerahan manfaat kematian takaful

Setiap waris menerima Bantuan Manfaat Kematian Staf berjumlah RM30,000.00 dan Bantuan Perbelanjaan Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000.00, menjadikan jumlah keseluruhan manfaat yang diterima ialah RM32,000.00 bagi setiap waris.

Penyampaian manfaat ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Takaful Perlindungan Staf UMPSA yang diwujudkan bagi menyediakan perlindungan kewangan kepada staf dan waris sekiranya berlaku musibah. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan aspek kebajikan warga kerja sentiasa diberi perhatian melalui penyediaan perlindungan yang menyeluruh.

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan sumbangan warga UMPSA sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, malah mencerminkan nilai keprihatinan, ihsan dan kebersamaan yang sentiasa menjadi teras dalam budaya kerja universiti. 

UMPSA berharap manfaat yang disalurkan dapat membantu meringankan beban waris dan memberikan sokongan moral serta kewangan dalam menghadapi saat-saat yang sukar.

Disediakan Oleh: Ahmad Salimi Ashaari, Jabatan Pendaftar

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri