Skip to main content

UMPSA sertai program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 peringkat Negeri Pahang

PEKAN, 25 November 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 peringkat Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan baru-baru ini. 

Program tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff. 

Menurut Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin, program yang bertemakan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,” ujar beliau ketika berucap di Majlis Perasmian HASN 2024.

UMPSA yang diwakili oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Ts. Dr. Mohammad Adam Adman turut berpeluang beramah mesra dengan Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Sharudin Hamid.

Ts. Dr. Mohammad Adam berkata, SDC UMPSA turut bercadang untuk mengadakan sesi perbincangan lanjut bersama SWCorp Negeri Pahang bagi tujuan memperluaskan kolaborasi dan sekali gus memperkenalkan Pusat Kitar Semula di UMPSA kampus Pekan. 

UMPSA sertai program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara  (HASN) 2024 peringkat Negeri Pahang

“Di samping itu juga, tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik UMPSA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) yang turut menyertai pameran menerusi projek penyelidikan ‘Agronetics IoT smart Farming dan Agronetics Fish Farming Vision’  kepada kakitangan jabatan kerajaan dan agensi, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah, dan masyarakat setempat yang hadir ketika itu,” katanya. 

Disediakan Oleh:  Norul Fadilah Abdullah, Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC)

Reports by:
Admin UMP News