Skip to main content

FOOD BANK SISWA UMP BANTU MAHASISWA

Kuantan, 16 Oktober- Inisiatif Food Bank Siswa dalam menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada mahasiswa mendapat sambutan baik dalam usaha membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mahasiswa dalam dan luar kampus. Bagi pelaksanaan program ini, UMP menggunakan konsep Food Pantry yang  digerakkan oleh Sukarelawan UMP Campus Pantry.

Confucius Institute UMP dilancar

Pekan, 14 Oktober- Pelancaran Confucius Institute Universiti Malaysia Pahang (UMP) bukan sahaja berperanan sebagai sebuah institut bahasa Mandarin malahan ianya juga akan menyediakan silibus pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Ianya membantu bakal graduan universiti ini dengan pelbagai kemahiran komunikasi bahasa yang memberi peluang tambah nilai dan penempatan pekerjaan dengan lebih luas buat mereka.

Festival Seni Budaya Malaysia-China pamer warisan seni kebudayaan dua negara

Kuantan, 12 Oktober – Penganjuran Festival Seni Budaya Malaysia-China 2019 yang diadakan bersempena pelancaran Confucius Institute (CI) UMP bukan sahaja dilihat dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Mandarin dan pertukaran pertukaran budaya malahan dapat memperkukuhkan hubungan baik antara dua negara serta kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan rakan strategik, Hebei University China. 

100 primary kids rock Let's Vocab @ STEM

Pekan, 10 October- Centre of Modern Languages (CML) has recently received a visit of 100 primary schools’ pupils from Pekan in a program namely Let’s Vocab @ STEM. The program was organized by Industry & Community Network Centre (ICON) in collaboration with CML on 29th August 2019.

UMP Kekal Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan

Pekan, 10 Oktober- Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan. Selain itu, budaya membetulkan (kelemahan) yang biasa dan membiasakan (amalan) yang betul dapat mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan Jabatan Bendahari kepada lebih berkualiti, berintegriti dan berinovasi tinggi yang mesra pelanggan.

Subscribe to General