Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UMP
Kuantan, 22 Mei- Kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah amat dirasai rakyat di negeri Pahang khususnya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, Almarhum Paduka merupakan seorang Raja, pembina dan jurutera yang membawa nikmat pembangunan dan kemajuan yang amat bernilai kepada negeri Pahang Darul Makmur.