FKASA anjur Persidangan Kebangsaan Kejuruteraan Angin & Gempa Bumi Kali Ke-3
Kuala Lumpur, 13 Julai - Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Persidangan Kejuruteraan Angin & Gempa Bumi (NCWE) Kali Ke-3 bertemakan ‘Built To Last' baru-baru ini yang berlangsung di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur.
Bersempena dengan persidangan kali ini turut berlangsungnya Seminar Antarabangsa Kelestarian Kejuruteraan Pembinaan (ISCCE) yang dianjurkan bersama rakan strategik antarabangsa iaitu Beijing Jiaotong University.