PEMAHAMAN pelajar terhadap konsep pengurusan kualiti makmal berdepan beberapa kesukaran terutama apabila ia diterapkan melalui kaedah kuliah dan pembelajaran teori. Hal ini menyebabkan ramai pelajar melakukan pelbagai kesilapan dan gagal memahami konsep pengurusan kualiti makmal dengan lebih mendalam. Sehubungan itu, pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail, 36, tampil dengan inovasi permainan papan yang dinamakan LabQuest bagi mengatasi kesukaran tersebut. Katanya, LabQuest direka khusus bagi meningkatkan pemahaman pelajar