Tambah Ilmu Teknik Perniagaan Digital
Lebih 150 peserta menimba ilmu perniagaan digital sempena penganjuran Seminar Ekspedisi Perniagaan Digital anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan PUSPANITA Kebangsaan bertempat di Dewan Bankuet UMP Pekan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada mahasiswa, ahli Persatuan Wanita UMP (Matahari), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMP (PPTI), ahli PUSPANITA Negeri Pahang dan penjawat awam sekitar Kuantan dan Pekan.