Mahasiswa luar kampus terima sumbangan makanan YaPEIM dan UMP
Pekan, 15 Oktober 2020 - Seramai 200 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang tinggal di luar kampus dan tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing telah menerima sumbangan makanan dalam program Foodbank 2.0 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Ts Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengurus YaPEIM Negeri Pahang, Nor Khalilah Hanaim Abdul Hamid.