Sistem Mekatronik melatari teknologi automotif masa kini
Dunia automotif kini telah berevolusi kepada keperluan sistem elektronik yang lebih canggih. Terdahulu, kecanggihan sistem elektronik ini asalnya hanya mencakupi sistem pemprosesan maklumat dan komunikasi dalam kenderaan semata-mata, contohnya sistem pandu arah atau sistem navigasi serta sistem telefon pintar. Kini, sistem elektronik kenderaan adalah berintegrasi terus dengan komponen mekanikal dalam sistem automotif.