Skip to main content

44 guru bimbingan  dan kaunseling sertai Program Profesor Turun Padang  Kursus Penggunaan Teknologi Biofeedback

GAMBANG, 26 Jun 2024 – Seramai 44 orang  guru bimbingan dan kaunseling seluruh negeri Pahang telah menyertai Program Program Profesor Turun Padang Kursus Penggunaan Teknologi Biofeedback yang dikendalikan oleh Profesor Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab.

Program itu dianjurkan oleh PSK UMPSA, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Negeri Pahang.

Agha Khilfi raih Anugerah Khas Mercu Sanjung Pemerkasaan Mahasiswa

KUANTAN, 20 Jun 2024 – Mantan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2022/2023, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Agha Khilfi Suarno dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) diiktiraf ikon pemerkasaan mahasiswa dalam mengangkat agenda pemerkasaan di UMPSA. 

Beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Mercu Sanjung Pemerkasaan Mahasiswa sempena Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS), UMPSA baru-baru ini.

Peperiksaan sebagai latihan membina daya tahan pelajar

Akhir semester semstinya menjadikan waktu yang sangat mendebarkan buat pelajar kerana mereka akan berhadapan dengan peperiksaan akhir. Walaupun bukan kali pertama menghadapi peperiksaan, debaran di hati akan tetap berlaku. Sudah pasti pelbagai kerisauan mula menjengah fikiran dan perasaan. Tidak kurang juga yang berhadapan dengan tekanan yang pelbagai terutamanya yang berkaitan dengan pemahaman secara menyeluruh mata pelajaran yang diambil. 

UMPSA meterai kerjasama dengan BEIBU Gulf University

QINZHOU CITY, CHINA, 4 Jun 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) jalin kerjasama dengan BEIBU Gulf University (BGU) yang terletak di Qinzhou City, China bagi memfokuskan kerjasama akademik, pertukaran staf dan pelajar, pembangunan penyelidikan serta program edutourism yang memanfaatkan kedua-dua buah universiti. 

Hadir menandatangani memorandum persefahaman (MoU), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang mewakili Naib Canselor UMPSA. 

Inovasi Bahan Kimia Khusus, Memacu Pembangunan Lestari

Pemanasan global disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau akibat aktiviti manusia seperti pembakaran bahan bakar fosil dan penebangan hutan secara besar-besaran. Kesannya termasuk perubahan cuaca yang ekstrem, peningkatan suhu global sejak tahun 1880 sehingga 2022 adalah sebanyak 1.2C, dan kenaikan paras laut sejak tahun 1993 sehingga 2022 adalah sebanyak 97 mm.

UMPSA tuan rumah penganjuran Sesi Libat Urus Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)

PEKAN, 26 Jun 2024 - Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (OkUMPSA) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang telah menganjurkan Sesi Libat Urus Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Negeri Pahang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden (PBM) UMPSA Pekan semalam. 

Kehadiran Ahli Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Isaiah D Jacob disambut oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. 

UMPSA bersama peserta Projek Sistem Pertanian Pintar Berasaskan IoT tubuh KUTIP

PEKAN, 27 Jun 2024 - Penubuhan Koperasi Usahawan Tani IoT Pahang Berhad (KUTIP) iaitu sebuah koperasi pertanian yang ditubuhkan hasil inisiatif Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)bersama peserta di bawah Projek Sistem Pertanian Pintar Berasaskan IoT  telah membuktikan keseriusan universiti dalam menyantuni golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (kumpulan B40) di negeri Pahang. 

UMPSA jalin kerjasama kelestarian bersama Tanah Makmur Berhad

PEKAN, 26 Jun 2024 - Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Tanah Makmur Berhad (TMB) serta Sesi Perkongsian oleh Ketua Pegawai Eksekutif TMB, Dato' Shahrul Nizam Abdul Aziz telah berlangsung di Dewan Bankuet UMPSA Pekan baru-baru ini. 

UMPSA rai kejayaan atlet MASUM dan AUG 2024

PEKAN, 19 Jun 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meraikan kejayaan atlet dan pegawai yang terpilih mewakili kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) di samping atlet-atlet yang cemerlang meraih pingat dalam Karvival Sukan MASUM 2024 baru-baru ini.

Majlis penghargaan itu iadakan pada Sesi Ramah Mesra Naib Canselor UMPSA Bersama Atlet MASUM & AUG 2024 di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Razak, UMPSA Pekan.