Skip to main content

3 staf akademik UMPSA dilantik profesor

PEKAN, 14 Ogos 2024 - Tiga staf akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima watikah pelantikan kenaikan pangkat jawatan Profesor Gred Khas VK7 daripada Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hari ini.

SM Teknik Kuantan lawat UMPSA beri pendedahan awal bidang Elektrik dan Elektronik

PEKAN, 14 Ogos 2024 – Seramai 60 orang pelajar dan empat orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Kuantan mengadakan lawatan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini.

Program lawatan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Faculty@School Siri 2 yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para pelajar mengenai bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

UMPSA terima 8 enjin sumbangan Mercedes-Benz

PEKAN, 2 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terima sumbangan lapan buah enjin iaitu dua enjin turbo 2.0 liter dan enam enjin 1.8 liter sumbangan pengeluar kereta jenama mewah, Mercedes-Benz untuk memperkasakan program pendidikan dan latihan pelajar dalam bidang Kejuruteraan Automotif.

160 pelajar sertai Kem Kecemerlangan Pelajar SPM 2024 (MARA Students Enhancement Program: MSEP) dengan kerjasama UMPSA

PEKAN, 9 Ogos 2024 - Seramai 160 orang pelajar sekitar negeri Pahang telah menyertai program Kem Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 (MARA Students Enhancement Program: MSEP)  yang diadakan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Ogos 2024 di UMPSA Pekan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Madya Ts. Dr. Hamdan Daniyal. 

Minggu EKSA PBM meriah

PEKAN 29 Julai 2024 – Persekitaran kerja yang kondusif, selesa dan nyaman telah terbukti dapat meningkatkan gerak dan hasil kerja yang lebih produktif dan bermutu. 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 adalah bertujuan mengimplementasikan imej korporat, amalan hijau, kreativiti dan inovasi, kondusif dan kepelbagaian agensi.

Associate Professor Dr. Roslinazairimah produces electricity forecasting software for electric cars

PEKAN, 27 May 2024 – It is common knowledge that the use of electric cars in Malaysia is gaining attention, especially Malaysian automotive enthusiasts and consumers.

However, the increasing use of electric cars will also affect the generation and distribution of electricity in Malaysia because the battery capacity of electric cars is large and needs to be connected to the electricity supply system to be charged.