Skip to main content

100 sukarelawan UMPSA jayakan Plogging@Pantai Tanjung Gosong

PEKAN, 23 Julai 2025 - Hampir 100 sorang ukarelawan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pos Malaysia Berhad Negeri Pahang, SWCorp dan Alam Flora telah  menjayakan Program Plogging@Pantai Tanjung Gosong.

Pengarah Pusat Pembangunan Lestari (SDC) UMPSA, Dr. Suhaidah Hussain berkata, program ini merupakan siri kedua bagi tahun ini dan siri ketiga akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

UMPSA dan Synchrotron Light Research Institute Thailand jalin kerjasama dalam pembuatan Microchannel Heat Sink guna teknologi Deep X-Ray Lithography

NAKHON RATCHASIMA, THAILAND, 23 Jun 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengorak langkah dalam memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa melalui kolaborasi bersama Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand. 

Program kerjasama penyelidikan itu telah berlangsung dari 23 hingga 31 Jun di fasiliti SLRI, yang terkenal dengan kepakaran dan kemudahan canggih dalam teknologi sinar-X berintensiti tinggi.

UMPSA anjur Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025

PEKAN, 22 Julai 2025 – Seramai 36 orang staf daripada Pusat Bahasa Moden (PBM) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di Zon PBM, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025 anjuran Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) PBM bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan secara terancang.

Produk Gris Gred Makanan Halal dan Terbiodegradasi hasil penyelidikan UMPSA di persada dunia

OSAKA, JEPUN, 21 Julai 2025 - Produk hasil penyelidikan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Ts. Mohd Najib Razali terpilih menyertai pameran Expo Dunia Osaka 2025 (World Expo Osaka 2025), Jepun berskala antarabangsa terbesar di dunia yang berlangsung setiap lima tahun sekali pada bermula 21 hingga 27 Julai 2025 ini.  

UMPSA perkukuh komitmen Agenda Kelestarian Global dalam Ekspo Osaka 2025

OSAKA, JEPUN,  21 Julai 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya terhadap Agenda Kelestarian Global menerusi penyertaan dalam Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di Ekspo Osaka 2025 yang berlangsung mulai 21 hingga 27 Julai 2025 ini.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) itu adalah sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi dan juga penyelidikan.

UMPSA-MARA tingkat kolaborasi fokus pengajian model Integrasi TVET

PEKAN, 18 Julai 2025 - Kunjungan delegasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Ir. Dr. Mahzan Teh bertemu Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias baru-baru ini memberi lebih banyak ruang kolaborasi untuk dimanfaatkan kedua-dua pihak terutamanya berkaitan pembiayaan pengajian pelajar.

UMPSA catat angka tertinggi, 891 pelajar baharu daftar pengajian diploma

PEKAN, 19 Julai 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) cipta sejarah baharu apabila catat angka tertinggi iaitu seramai 891 pelajar baharu mendaftar serentak di kedua-dua kampus Pekan dan Gambang bagi sesi kemasukan Diploma 2025/2026.

Pendaftaran menyaksikan seramai 449 orang pelajar mendaftar di Pekan dan 434 orang pelajar di kampus Gambang.

Kreativiti kitar semula serlahkan keceriaan melalui bahan terpakai

PEKAN, 16 Julai 2025 – Satu sesi perkongsian ilmu yang bertemakan ‘Keceriaan Berimpak: Magis Bahan Terpakai’ telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Aras 1, PBM, UMPSA Pekan, bersempena dengan Minggu EKSA x KKP x Sukan PBM 2025. 

Sesi ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kreativiti dan inovasi menerusi amalan kitar semula dan kelestarian dalam kalangan warga PBM.

Ziarah Prihatin Naib Canselor UMPSA bawa sinar harapan buat anak Kartunis Cendol, Arysha Rania

SHAH ALAM, 15 Julai 2025 – “Saya sangat bersyukur dan gembira, ini rezeki anak saya untuk belajar di universiti yang menjadi pilihan hatinya,” kata Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kartunis Cendol tatkala menerima kunjungan istimewa daripada Naib Canselor,Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Datin Nur Sharmila Shaheen.