Bagi memastikan proses pergerakan pelajar berjalan dengan lancar, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melantik ketua di beberapa zon bagi memastikan perancangan pergerakan pelajar ini dijalankan dengan teratur dan mematuhi Standard Operating Procedures (SOP)
Kerajaan membenarkan pergerakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bermula Isnin ini secara berperingkat. Pelajar yang dihantar pulang perlu terlebih dahulu menjalani saringan gejala COVID-19.