Semaian Subur dedah pengalaman kampus
Kelab InSmartive Universiti Malaysia Pahang ( UMP) menganjurkan Projek Semaian Subur dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) universiti ini.
Program disertai oleh 89 orang pelajar terbaik Tingkatan 5 dan 6 yang dipilih mewakili 19 buah sekolah sekitar kawasan Kuantan dan Pekan. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Sultan Abu Bakar, SMK Sains Sultan Haji Ahmad Shah, SMK Seri Pekan, SMK Ahmad dan lain-lain.