Bapa dan anak rai kejayaan bersama di 2 majlis konvokesyen berbeza
GAMBANG, 10 November 2025 – Tidak ada yang lebih membahagiakan bagi seorang bapa selain melihat anaknya berjaya.
Namun, bagi Fadzil Rafi Ahmad Hilal, 48, kejayaan itu menjadi lebih manis apabila beliau dan anak sulungnya diraikan dalam dua majlis konvokesyen berbeza pada minggu yang sama.