Charissa Endar terima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita
GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan dengan Kepujian, Charissa Endar, 24, menerima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang.
Beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.85.