Muhammad Shafiq anak mekanik berjaya raih Anugerah Pro-Canselor dan laluan pantas PhD UMPSA
GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Berani untuk mengambil cabaran dalam hidup dan tidak mudah mengalah telah membuktikan kejayaan berganda buat graduan Muhammad Shafiq Danial Eizmeer Johar, 24, yang berjaya meraih Anugerah Pro-Canselor di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19.