Naufal Hazmi graduan UMPSA kini Jurutera Pematuhan dan Kawalan Kualiti
GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 mencatat kenangan manis buat Naufal Hazmi Azhar, 25 apabila beliau kini bekerja sebagai Jurutera Pematuhan dan Kawalan Kualiti di TYCO, Site Texas Instrumental 2 di Melaka.
Malah, beliau turut berbangga apabila dirinya dan tiga orang daripada ahli keluarganya juga merupakan graduan UMPSA.