Kehilangan ayahanda pada semester akhir, Siti Hawa tekad dan raih kecemerlangan di UMPSA
GAMBANG, 29 Oktober 20204 - Tekad Siti Hawa untuk membanggakan keluarga dalam pelajaran khasnya buat arwah ayahnya dibuktikan dengan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Program Separuh Masa) hari ini dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19.
Siti Hawa yang sentiasa aktif dalam sukan telah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.69 amat gembira apabila telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Advanced (Program Separuh Masa).