Lateks Getah Asli Pemacu Inovasi Pembinaan Lestari
Lateks getah asli (GA), bahan semula jadi yang lazimnya sinonim dengan sarung tangan perubatan dan barangan harian, kini muncul sebagai nadi inovasi dalam pembinaan lestari. Namun begitu, industri pembinaan secara ironinya sering menumpukan perhatian kepada teknologi canggih dan bahan berimpak tinggi bagi menangani cabaran prestasi serta kelestarian. Ketika sektor global berdepan tekanan untuk beralih ke produk lebih mesra alam dan kos efektif, lateks GA iaitu bahan yang sebelum ini dipandang sepi kini muncul sebagai alternatif yang menarik perhatian.