Belanjawan 2021 – Perkasa Ekonomi dan Prihatin Rakyat di Era COVID-19
Tema belanjawan 2021 iaitu ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ sangat bertepatan dengan usaha kerajaan bagi memastikan belanjawan terbaharu ini dapat memulihkan kembali keadaan ekonomi yang terjejas di kala negara sedang hebat memerangi pandemic COVID-19. Belanjawan ini adalah kesinambungan dari pelbagai dasar pemulihan ekonomi yang telah diperkenalkan sebelum ini sepanjang negara menghadapi krisis COVID-19 iaitu Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN, PENJANA dan KITA PRIHATIN.