Skip to main content
Oleh: DR. NURRINA ROSLI DAN NADIRA HANA AB HAMID, FAKULTI TEKNOLOGI            KEJURUTERAAN PEMBUATAN DAN MEKATRONIK  Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan India telah hadir membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang Sistem Pembuatan, Automasi Pembuatan, Bahan dan Proses Pembuatan sempena Persidangan Antarabangsa iMEC-APCOMS 2019 bertemakan ‘Intelligent Engineering & Sustainable Development’ bertempat di Hotel Everly, Putrajaya, Malaysia pada 21

iMEC-APCOMS 2019 platform terbaik bidang kejuruteraan pembuatan dan industri

Oleh: DR. NURRINA ROSLI DAN NADIRA HANA AB HAMID, FAKULTI TEKNOLOGI 
          KEJURUTERAAN PEMBUATAN DAN MEKATRONIK

Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan India telah hadir membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang Sistem Pembuatan, Automasi Pembuatan, Bahan dan Proses Pembuatan sempena Persidangan Antarabangsa iMEC-APCOMS 2019 bertemakan ‘Intelligent Engineering & Sustainable Development’ bertempat di Hotel Everly, Putrajaya, Malaysia pada 21 0gos 2019 yang lalu. 

Persidangan ini dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Industri, Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia, manakala Universitas Sebelas Marikh (UNS), Indonesia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) sebagai penganjur bersama.  

iMEC-APCOMS 2019 pada kali ini merupakan seminar anjuran bersama UMP dan ITB untuk kali ketiga. Manakala ITB telah menjadi tuan rumah pada edisi kedua yang dilaksanakan pada tahun 2017 di Jogyakarta.  

Penganjuran kali ini, UMP telah menghantar seramai 30 peserta yang terdiri daripada staf dan juga pelajar. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Profesor Dato’ Ts Dr. Rosli Mohd Yunus.  

Sesi ucap utama pula telah disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Bermawi P. Iskandar dari ITB, Nizmar Mohd Nazar dari Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia dan Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff dari UMP.  

Turut hadir Panel Penasihat Industri dari MIMOS Berhad, Proton Holdings Berhad dan Triple EEE Sdn. Bhd. 

Menurut Profesor Dato’ Ts Dr. Rosli, persidangan antarabangsa ini dapat mengukuhkan jalinan dan hubungan antarabangsa di antara Malaysia dan Indonesia yang sedia terjalin melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani. 

“Ini juga merupakan platform yang baik kepada para peserta untuk berinteraksi dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai penyelidikan terkini dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan dan Industri,” tambahnya lagi.  

Antara pembentang kertas kerja adalah Profesor Ir. Dr. Bermawi P. Iskandar dari ITB dengan kertas kerja beliau berkaitan model perkhidmatan servis selepas jualan manakala Nizmar Mohd Nazar membentangkan kertas kerja berkaitan cabaran dan peluang untuk industri automotif Malaysia semasa Era Industri 4.0. 

Selain itu, Profesor Madya Dr. Ir. Ahmad Razlan turut membentangkan kertas kerja berkaitan dengan permasalah dan penyelesaian getaran dalam proses permesinan logam. 

iMEC-APCOMS 2019 secara langsung telah menyediakan platform kepada para penyelidik, pelajar pascaiswazah dan pihak industri untuk bersama-sama membentangkan hasil penyelidikan serta bertukar pandangan dan pendapat dalam bidang berkaitan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri.  

Para peserta persidangan juga turut dibawa melawat ke pameran industri berkaitan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri dan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya. 
 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri