Penyelidik UMP temui kaedah atasi masalah kebocoran paip bawah tanah
Pekan, 3 Julai– Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan penyelidikan Leak Locator, Rig to Real (LLRR) bagi mengatasi masalah kebocoran paip bawah tanah.
Projek ini diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Ir Dr. Mohd Fairusham Ghazali bermula untuk mengenal pasti lokasi kebocoran paip air bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).