Skip to main content

Norazlin terima Anugerah Penghargaan Khas Tokoh Siswa

Arau, 25 September- Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Alam Sekitar) yang menuntut di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Norazlin Hassan terpilih menerima Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang disampaikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) baru-baru ini. Hadir sama menyaksikan penganugerahan ini adalah Naib Canselor UMP, Prof Dato Sri Dr.

Projek i-E.R.A.T DIVo NAVi : ADAM diikiraf

Kuala Lumpur, 13 September- Projek i-E.R.A.T DIVo NAVi : ADAM diketuai pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Dr. Munira Abdul Razak  diiktiraf apabila meraih emas dalam  International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2018 baru-baru ini. Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraih dua pingat emas, tiga perak dan empat gangsa dalam iUCEL 2018 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tema Humanising Technology.

UMP, Petron pupuk kesedaran keselamatan jalan raya

Kuantan, 24 September- Seramai 1300 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai menyertai aktiviti Cabaran Amazing Race dalam memupuk kesedaran Keselamatan jalan raya bersempena Program Petron Road Safety  yang diadakan di UMP Gambang baru-baru ini. 

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor UMP (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.Dato' Dr. Yusserie Zainuddin, Ketua Keselamatan, Sekuriti,Kesihatan dan Alam Sekitar Korporat Petron Malaysia, Lokman Hani.

Norazlin Minat Terokai Bidang Penyelidikan   

Pembangunan inovasi pada masa kini telah mendorong mahasiswa meningkatkan pemikiran kreativiti dalam menyelesaikan masalah dan keluar mencari jalan penyelesaian. Demikian pandangan mahasiswa Norazlin Hassan yang juga pelajar  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Tenaga & Alam Sekitar).  Bagi beliau, seseorang mahasiswa itu perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam inovasi kerana ianya akan membangunkan generasi dan pemikir kreatif. Paling penting, inovasi dapat memberikan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan.

1000 Trees Planted To Fight Against Global Warming

Pekan, 5 September - Nations around the world are upping their game in the fight against climate change, so as Universiti Malaysia Pahang (UMP). UMP have manage to pull the crowd of 1000 new students to plant sapling to combat the effect of global warming. Sapling from Kelat Jambu Laut and Ketapang species were planted at Laman Cendekia, under the myTREEvolution Integrated CSR project. 
 

MyPACE Pupuk Minat Keusahawanan Mahasiswa UMP

Kuantan, 19 September –Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikenali sebagai MyPACE menganjurkan majlis apresiasi bagi menghargai sumbangan  staf, penyelaras, pensyarah Technopreneurship dan mahasiswa universiti dalam menjayakan program keusahawanan  sepanjang tahun lalu.  

Mahasiswa UMP bantu ringankan beban warga emas 

Pekan, 18 September- Andai boleh diundur masa, banyak yang ingin dilakukan warga emas, Che Jah Embong, 61, yang hilang penglihatan kedua-dua matanya akibat serangan strok hingga mengakibatkan beliau tidak dapat melihat sekaligus mengubah kehidupan mereka sekeluarga sejak pertengahan tahun lalu.

“Sekiranya diizinkan Allah dikurniakan mata untuk dapat melihat semula, saya ingin  melihat ayat suci Al-Quran, wajah anak-anak dan orang-orang yang membantu saya,” katanya dengan deraian air mata.