Kerap Membasuh Tangan Cegah Jangkitan
Membasuh tangan adalah satu langkah penting yang boleh kita ambil untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Di dalam menjalani aktiviti seharian, banyak permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan inilah terdapat bakteria atau virus yang menjadi punca penyebab penyakit. Antara perkara yang boleh menyebabkan bakteria atau virus melekat pada tangan seperti berjabat tangan, memegang pemegang pintu, paip, perkakas dapur, peralatan tandas dan lain-lain.