PEKAN, 17 Januari 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) dan Sesi Dialog Cendekia yang mendedahkan perjalanan sejarah empayar Melayu bermula di Melaka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang pesat, pusat pendidikan, ekonomi, penyebaran Islam dan kesenian Melayu.
Ini termasuklah kehebatan terhadap maritim Melayu, persenjataan Melayu dan perkembangan Islam di Melaka sebelum berkembang ke negeri lain.
PUTRAJAYA, 9 Januari 2023 - Kunjungan delegasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) baru-baru ini bakal berkongsi kepakaran dalam menjalinkan usaha sama dari segi akademik, teknologi, kepakaran dan lain-lain khususnya berkaitan tenaga (energy).
Delegasi yang diketuai Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama pengurusan tertinggi universiti disambut baik oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.
PEKAN, 4 Januari 2023 - Seramai 47 pelajar Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Beijing Jiatong University (BJTU) China yang bakal menyambung pengajian di BJTU menerima sumbangan hadiah kecemerlangan Duta Besar China.
Pelajar yang dipilih adalah daripada program ijazah dual UMP–BJTU, Pelajar Asasi UMP dengan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar dengan PNGK cemerlang dan mengikuti program mobiliti di China.
PEKAN, 5 Januari 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Chinese New Year Cultural 2023 dalam mengukuhkan persahabatan dalam kalangan semua etnik di Malaysia.
Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna, UMP Pekan itu bukan sahaja disambut meriah oleh pelajar UMP malah turut dihadiri pelajar daripada Kolej Vokasional Kuantan, Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan Kolej Profesional MARA Beranang.
KUANTAN, 26 Januari 2023 - Seluruh dunia terkesan dengan kemunculan wabak COVID-19 dan sehingga kini, sebanyak 48.6 juta orang telah dijangkiti dan meragut lebih 6 juta nyawa dalam hanya tempoh dua tahun.
Sedar atau tidak, jangkitan ini disebabkan oleh virus yang sangat kecil iaitu SARS-CoV-2, dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
PEKAN, 26 Januari 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan daripada delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meninjau mengenai pelaksanaan Program Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) di peringkat UMP.
Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Hirman Awang telah sambut oleh Ketua Pustakawan UMP, Azman Abdul Rahim bersama pengurus dan pegawai universiti.
PEKAN, 27 Januari 2023 - Minat untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencari kepuasan berkarya dengan menggunakan telefon pintar telah memberikan inspirasi buat Pereka UMP, Noor Azhar Abd. Rasid, 49, menghasilkan karya di sebalik lensa telefon pintarnya.
Bagi Noor Azhar, beliau minat mengambil gambar namun bukanlah seorang yang profesional.
PAYA BESAR, 10 Januari 2023 - Lebih 500 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menikmati juadah makan tengah hari yang lazat secara percuma sempena Program Jelajah Kenduri Rewang Adabi bersama pelajar UMP bertempat di Masjid Universiti.
Lebih menariknya menu Nasi Minyak, Ayam Masak Kerutub, Sayur Dalca dan Acar Jelantah disediakan dengan memasak secara rewang dan bergotong-royong yang turut dibantu kira-kira seramai 30 sukarelawan pelajar UMP Kilau dan staf Adabi Consumer yang diketuai oleh Chef Irwan Mohd Nor.
‘Get into Grammar’ Vaganza atau lebih dikenali sebagai GIGvaganza merupakan salah satu program yang tidak asing lagi di Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ia telah melangkah setapak lagi apabila UMP Advanced (UMPA) memohon program GIGvaganza ini diteruskan di Mersing, Johor di bawah Program Yayasan PETRONAS empower ECER. Program sehari itu berjaya dianjurkan pada 6 Disember 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Mersing, Johor.