IRAN, 9 Oktober 2023 - Lawatan kerja rasmi delegasi pendidikan tinggi bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin ke Republik Islam Iran baru-baru ini menyaksikan berlangsungnya acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UMPSA dan D-8 International University.
Dalam program itu, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie hadir mewakili UMPSA bersama Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Mohd Azhari.
IRAN, 8 Oktober 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengukuhkan jenamanya melalui visibility (keterlihatan) dan reputasi sebagai universiti teknologi terunggul dengan menandatangani MoU berkaitan sains dan teknologi bersama Islamic Azad University, Republik Islam Iran yang merupakan institusi pendidikan komprehensif terbesar di dunia.
KUANTAN, 9 Oktober 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) perluas rangkaian kerjasama dengan industri di Gebeng bagi mewujudkan kerjasama dengan rakan industri dalam bidang yang disepakati bersama dengan universiti.
KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2023 - Seramai sepuluh orang alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya terpilih sebagai Protege UMPSA yang akan berkhidmat di universiti dan ditempatkan bersama selama setahun kepada kepada pengurusan universiti tertinggi dan badan-badan korporat.
Mereka adalah antara yang terpilih daripada 53 orang calon yang memohon.
PEKAN, 2 Oktober 2023 - Impian Nooraizah Mohd Safie, 18, pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Dor, Jerteh untuk menyambung pengajian ke universiti menjadi kenyataan apabila beliau hadir mendaftar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini.
Lebih bermakna kehadirannya bukan sahaja bersama ibu dan adik-beradik malah bersama dua orang guru SMK Tok Dor yang sentiasa mendorongnya untuk menyambung pengajian turut menemaninya.
KUANTAN, 3 Oktober 2023 - Nurul Wahidah Arshad dan Noraisah Nurul Fatwa Mohd Razali dinobatkan pemenang Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2022 dalam majlis Anugerah Cendekia Bitara ‘22 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulla (UMPSA) yang telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini.
GAMBANG, 10 OKTOBER 2023 - Pensyarah Kanan, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham, 45 telah mencipta iLocSolat Enhanced Geotagging Based Prayer Time Smart Application yang merupakan aplikasi mudah alih hitungan waktu solat generasi baharu.
Menurut anak kelahiran Selangor itu, sebelum ini waktu solat ditentukan mengikut zon waktu solat.
PEKAN, 20 September 2023 - Kos membaik pulih atau penyelenggaraan komponen automotif, paip minyak dan gas (oil and gas pipeline) dan sebagainya bukanlah murah dan memerlukan kaedah yang sesuai dan efektif bagi melindungi logam serta bahan daripada karatan.
GAMBANG, 30 September 2023 - Impian seorang nenek menjadi kenyataan untuk menghantar cucunya mendaftar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) apabila pihak UMPSA datang ke rumahnya di Sanglang Kedah untuk membawa mereka ke Kuantan, Pahang.
JERTEH, TERENGGANU, 25 September 2023 - Hasrat pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor, Jerteh, Nooraizah Mohd Safie, 19 untuk ke menara gading tertunai setelah beliau hampir melupakan hasrat untuk menyambung pengajian apabila mengenang nasib keluarganya yang tidak mampu menyara pengajiannya susulan kesusahan hidupan dan kekangan kewangan yang dihadapi keluarga.
PAYA BESAR, 30 Oktober 2023 - Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh berjaya ke menara gading.
Begitu juga bagi pasangan guru, Tahir Untong, 57 dan isterinya Minah Smit, 56 yang hadir bersama keluarganya dari Lawas Sarawak dengan menaiki kapal terbang dan transit di Kuala Lumpur sebelum menghantar anaknya dengan menaiki bas ke Kuantan bagi memastikan anaknya, Nurbatrisyia Husna Tahir, 19 tahun selamat mendaftar masuk di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).