HONG KONG, 24 Februari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranan dan keterlihatan globalnya melalui penyertaan strategik dalam Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) 2026 yang berlangsung di Hong Kong Convention and Exhibition Centre dari 24 hingga 26 Februari 2026.
Delegasi UMPSA diketuai oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias bersama Pengarah UMPSA Global, Profesor Madya Ts. Dr. Herma Dina Setiabudi dan Nur Ezzati Mohd Nasir.
Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2026 yang menggariskan visi besar universiti sebagai Hab TVET Termaju di rantau ASEAN sebenarnya membawa kita kepada satu muhasabah yang lebih mendalam mengenai makna sebuah jambatan ilmu yang berpaksikan semangat kebersamaan.
Langkah kaki seorang remaja yang baharu sahaja menggenggam slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selalunya diiringi dengan debar jantung yang tidak menentu serta seribu satu persoalan tentang arah tuju masa depan yang masih samar. Realiti kehidupan hari ini menuntut kita untuk melihat melampaui sempadan fizikal sebuah kampus kerana dunia pekerjaan tidak lagi sekadar menilai sehelai skrol kertas tetapi lebih kepada nilai tambah serta daya saing di peringkat global.
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berimpak tinggi melalui pelaksanaan Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bertemakan functional food dengan penglibatan pelajar sekolah menengah dari SMK Gudang Rasau, Kuantan, Pahang serta kolaborasi bersama industri makanan tempatan, iaitu PJ Food Industries Sdn. Bhd., Kuantan, Pahang melalui produk Rempah Ratus Puteri Ayu.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya untuk berada di barisan hadapan pendidikan teknikal global menerusi inisiatif mobiliti staf ke Department of Chemical Engineering, Imperial College London. Program mobiliti strategik yang berlangsung selama lima hari bermula 1 hingga 5 Disember 2025 itu telah dilaksanakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Profesor Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin@Murad.
Selepas menamatkan peperiksaan akhir, kebanyakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kepulangan ini bukan sekadar rutin cuti semester, malah memainkan peranan penting dalam pemulihan emosi, kesejahteraan mental serta persediaan pelajar untuk kembali ke kampus dengan semangat baharu.
Cabaran gunung berkonsepkan self-support yang berjarak 50 km dengan jumlah elevasi mencecah lebih 4,500 meter bukan sekadar perlumbaan. Namun, ia merupakan satu cabaran terhadap ketahanan yang menguji batas fizikal dan mental peserta. Dengan tempoh cabaran yang diberikan iaitu selama 28 jam, peserta perlu menawan empat puncak utama iaitu Hulu Bakau, Gunung Rajah, Bukit Kutu dan Bukit Kunong yang mana ia merupakan satu kombinasi laluan teknikal beserta pendakian agresif dengan perubahan cuaca yang tidak menentu.
Fenomena keluhan mengenai busana lebaran yang tiba tiba menjadi sempit merupakan naratif klise yang sering kali menghiasi perbualan masyarakat setiap kali menjelangnya syawal namun ironinya punca utama kepada permasalahan tersebut jarang sekali dibedah dengan jujur. Kita sering kali terperangkap dalam kepompong pemikiran bahawa bulan puasa adalah fasa untuk merehatkan tubuh secara total sehingga menyebabkan kadar metabolisme basal menurun akibat gaya hidup sedentari yang melampau.
Bayangkan seorang individu yang memiliki segalanya. Kekayaan melimpah, kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni dan kedudukan sosial yang dihormati. Rumah besar berdiri megah, kenderaan mewah tersusun di halaman, percutian ke luar negara menjadi rutin tahunan. Dari luar, kehidupannya tampak sempurna. Namun, pada waktu malam ketika sunyi mengambil alih, muncul satu rasa kosong yang sukar dijelaskan. Hatinya bertanya tentang makna sebenar semua pencapaian itu. Pertanyaan itu tidak berbunyi lantang, tetapi cukup untuk mengganggu lena dan meresahkan jiwa.
Dalam wacana sosiologi dan naratif budaya masyarakat kita, figura ibu sering kali diangkat sebagai simbol kasih sayang yang paling eksplisit; dirayakan dalam syair, dimuliakan dalam peribahasa, dan dikenang dalam setiap detik kehidupan. Namun, di sudut yang lebih sunyi, wujud satu entiti yang jarang dicanangkan secara terbuka: bapa. Ia bukan kerana jasanya kurang bererti, tetapi kerana pengorbanannya jarang dilaungkan, bahkan oleh dirinya sendiri.
Ramadan hadir setiap tahun sebagai bulan latihan rohani yang mengundang rindu dan harapan. Namun, wajahnya pada era digital semakin kompleks dan sarat cabaran yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi terdahulu. Bulan yang sepatutnya menjadi madrasah tarbiah jiwa kini berhadapan dengan realiti baharu yang dipanggil FOMO atau Fear of Missing Out, satu fenomena psikologi yang digerakkan oleh budaya media sosial dan diperkukuh oleh algoritma kecerdasan buatan.
Dalam dunia digital, pembaca tidak membaca seperti dahulu. Mereka mengimbas. Mereka menilai dalam beberapa saat. Jika teks gagal menyampaikan maksud dengan segera, ia akan ditinggalkan.
Ini bukan soal sikap malas. Ini soal ekonomi perhatian. Masalah sebenar bukan kekurangan maklumat. Masalahnya ialah lambakan maklumat yang tidak tersusun. Di sinilah kebolehbacaan menjadi penentu sama ada sesuatu tulisan berfungsi atau gagal.
Penggunaan motosikal dapat dilihat sebagai salah satu pilihan pengangkutan yang dapat memudahkan urusan pergerakan seharian sama ada di kawasan bandar besar atau pun kampung. Selain itu, motosikal juga menjadi pilihan utama di Malaysia kerana melibatkan kos yang rendah, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi kerana mampu dikendalikan di jalan sesak dan sesuai untuk pengangkutan jarak dekat mahupun sederhana.
Gelombang kecerdasan buatan sedang meredah sempadan tamadun manusia dengan kepantasan luar biasa yang tidak pernah terjangkau oleh imaginasi kolektif kita sebelum ini. Teknologi ini bukan lagi sekadar susunan kod binari yang kaku di sebalik skrin sebaliknya ia telah menjelma sebagai satu ekosistem dinamik yang mencorakkan cara kita berfikir serta menjalani kehidupan seharian.
Dalam dunia digital hari ini, hampir semua orang merupakan penulis. Kita menulis e-mel, hantaran media sosial, kapsyen atau keterangan gambar, mesej rasmi, laporan dan rencana. Namun, ramai tidak sedar bahawa cara sesuatu teks dipaparkan boleh memberi kesan psikologi yang kuat kepada pembaca. Salah satu kesalahan yang kelihatan kecil tetapi membawa implikasi besar ialah penggunaan caps lock atau huruf besar sepenuhnya.