Norazlin Minat Terokai Bidang Penyelidikan
Pembangunan inovasi pada masa kini telah mendorong mahasiswa meningkatkan pemikiran kreativiti dalam menyelesaikan masalah dan keluar mencari jalan penyelesaian. Demikian pandangan mahasiswa Norazlin Hassan yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Tenaga & Alam Sekitar). Bagi beliau, seseorang mahasiswa itu perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam inovasi kerana ianya akan membangunkan generasi dan pemikir kreatif. Paling penting, inovasi dapat memberikan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan.