Skip to main content

Mahasiswa Baharu UMP Dekati Komuniti

Bera, 6 Julai – Walaupun pada ketika itu baharu enam hari bergelar mahasiswa, namun mereka telah mampu menyantuni komuniti sekitar. Inilah pengalaman bermakna yang dilalui sembilan mahasiswa baharu program Diploma Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui penglibatan mereka dalam Projek Kilauan Mutiara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Triang dekat sini selama tiga hari anjuran Kelab InSmartive UMP baru-baru ini.

Sumbangan anak-anak yatim dan miskin Sanggar Nur Assyifa

Kuantan, 6 Mei- Meneruskan agenda kesukarelawanan, Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor menjalankan Program Misi Kemanusiaan `We Love We Care' dengan membantu masyarakat dan anak-anak yatim serta miskin yang belajar di Sanggar Yatim - Dhuafa Nur Assyifa di Sukamenak Bandung Indonesia.

Iftar Ceremony with Orphans and a Visit for Senior Citizens.

Kuantan, 4 June - The Iftar ceremony with children from Nur Iman Home for Orphans and Poor Children and the visit to Sri Permai Shelter for Senior Citizens are among the volunteerism activities hosted by Institute of Postgraduates Studies (IPS) with collaboration of Universiti Malaysia Pahang’s Postgraduate Association (PGA) in conjunction of the upcoming Eid al-Fitr.

Sumbangan Raya FTEK UMP ringankan beban asnaf sambut Aidilfitri

Kuantan, 11 Jun- Prihatin dengan nasib golongan asnaf yang serba kekurangan apatah lagi tatkala umat Islam kian sibuk membuat persiapan menjelangnya sambutan Aidilfitri, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) menganjurkan program Bakti Ihsan FTEK Prihatin dengan menghulurkan sumbangan barang keperluan bagi membantu mereka yang serba kekurangan ini untuk sama-sama merayakan Aidilfitri.

IPS serah sumbangan raya untuk warga emas dan anak yatim

Kuantan, 4 Jun- Peluang bertemu dan menziarahi warga emas di Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai Taman Tas Kuantan dan iftar bersama penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman menjadi kenangan buat pelajar pascasiswazah dalam dan luar negara sempena penganjuran program Ziarah dan Iftar  oleh Persatuan Pascasiswazah UMP (PGA) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) baru-baru ini.

UMP serah sumbangan raya buat anggota keselamatan

Pekan, 11 Jun- Seramai 26 orang anggota keselamatan yang akan bertugas sepanjang Aidilfitri menerima sumbangan kuih raya yang diserahkan Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UMP, Abd. Hamid Majid dalam Majlis Sumbangan Hari Raya yang berlangsung di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak. Mereka terdiri daripada anggota yang bakal bertugas seramai 12 orang di Pekan dan 14 orang di kampus Gambang menjelang AidilFitri ini.

Subscribe to Community