Skip to main content

Chan Jian Lin terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad, jadikan kejayaan sebagai batu loncatan masa depan

GAMBANG, 9 November 2025 – Keazaman dan kerja keras akhirnya membuahkan hasil apabila Chan Jian Lin, 24, berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia UMPSA yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang.

Penganugerahan yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor dilihat sebagai batu loncatan untuknya pada masa depan.

Ujian Bukan Alasan, Pavithra Buktikan Tiada Yang Mustahil Dengan Semangat Dan Usaha

GAMBANG, 9 November 2025 – “Setiap ujian yang datang bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menguatkan diri dan hati”.

Itulah pegangan hidup Pavithra Maniam,24, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) yang menempuh jalan penuh liku sebelum akhirnya berjaya menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-20.

Abd Karim buktikan ilmu tiada batasan, tekad perjuang nasib OKU dan anak istimewa

GAMBANG, 10 November 2025 – Kisah kejayaan Abd Karim Mat Jidi, graduan Master Eksekutif Pengurusan Korporat daripada UMPSA Advanced membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia atau batasan.

Berbekalkan pengalaman luas sebagai Sales & Marketing Executive, Abd Karim sebelum ini merupakan graduan Bachelor Eksekutif  Pengurusan Perniagaan juga dari UMPSA Advanced, kini sekali lagi melangkah ke pentas konvokesyen sebagai penerima ijazah.

Sambung belajar di UMPSA buka peluang kenaikan pangkat staf Tabung Haji

GAMBANG, 10 November 2025 – Keazaman untuk terus maju dalam kerjaya mendorong Ketua Kewangan Tabung Haji Negeri Sembilan, Syazrina Maria Talib, 47, untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Beliau yang telah berkhidmat di Tabung Haji selama 27 tahun sebelum ini  hanya berkelulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Subscribe to Convocation