Fatini anak Polis Bantuan aktif dalam aktiviti kesukarelawanan terima Anugerah Pelajaran Diraja
GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Sejak di bangku sekolah lagi, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19, Fatini Nasuha Ahmad Puad, 23 memang sudah meminati aktiviti sukarelawan, namun tidak menemui platform yang sesuai untuk merealisasikan hasrat tersebut.