Skip to main content

83 graduan Doktor Falsafah UMPSA tamat pengajian tahun ini

GAMBANG, 25 Oktober 20204 - Seramai 83 graduan Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diraikan sempena kejayaan mereka menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 tahun ini. 

Kesemua mereka diraikan dalam Hooding Ceremony for PhD Graduans 2024 anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS). 

Daripada jumlah tersebut, 53 orang adalah graduan tempatan manakala 30 lagi merupakan graduan antarabangsa daripada pelbagai negara.

Kekurangan bukan halangan Muhammad Adhwa berjaya genggam ijazah

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Muhammad Adhwa Mohd Salemi, 24, membuktikan kekurangan dirinya bukanlah batu penghalang untuknya terus berjaya mengenggam ijazah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan untuk terus maju.

Charissa Endar terima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan dengan Kepujian, Charissa Endar, 24, menerima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19  bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang. 
Beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.85. 

Pasangan kembar tidak seiras Safrizal dan Safrina teruja terima ijazah UMPSA bersama

GAMBANG 26 Oktober 2024 - Pasangan kembar tidak seiras mencipta kenangan indah apabila berkongsi pentas bersama meraikan majlis graduasi mereka di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Safrizal Syazwan Zainal Hayat, 24 (abang) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), manakala Safrina Syazwanie Zainal Hayat, 24, (adik) adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. 

Hasya Najihah terima Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Hasya Najihah Mohd Ghazali, 21, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.23 tidak menyangka menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang disampaikan Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari bagi sesi kedua dalam Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19. 

Aiman Firdaus penerima Anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Bhd. bukti pelajar Kolej Vokasional boleh berjaya

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Bekas pelajar Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Aiman Firdaus Aziz, 25 buktikan kejayaannya tidak terhenti pada peringkat diploma sahaja, malah beliau kini bukan sahaja pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automotif dengan Kepujian dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), malah turut menerima Anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Bhd. dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Subscribe to Convocation