Skip to main content

Terapkan prinsip hidup cemerlang, Sonia Devi a/p Dharmalingam terima Anugerah Srikandi Matahari UMPSA

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Potensi luar biasa, keikhlasan, kerjasama, kesabaran dan pengalaman hidup menjadi kunci kejayaan buat Sonia Devi a/p Dharmalingam, 23, yang merupakan penerima Anugerah Srikandi Matahari pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 
Beliau yang berasal dari Ipoh, Perak menganggap pelbagai rintangan yang dihadapinya sepanjang tempoh pembelajaran sebagai satu memori yang akan dikenang sepanjang hidupnya.

5 graduan UMPSA anak Pahang penerima Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Seramai lima orang graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang merupakan anak Pahang telah diiktiraf sebagai penerima Hadiah Kecemerlangan oleh Yayasan Pahang kerana menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum.

Kesemua mereka menerima anugerah dalam Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Ganbang.

Naufal Hazmi graduan UMPSA kini Jurutera Pematuhan dan Kawalan Kualiti

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 mencatat kenangan manis buat Naufal Hazmi Azhar, 25 apabila beliau kini bekerja sebagai Jurutera Pematuhan dan Kawalan Kualiti di TYCO, Site Texas Instrumental 2 di Melaka.

Malah, beliau turut berbangga apabila dirinya dan tiga orang daripada ahli keluarganya juga merupakan graduan UMPSA.

Anugerah Kecemerlangan Hei Tech milik Nur Sofhia Izzaty

GAMBANG, 27 Oktober 2024 - “Hold your vision, trust the process” dan yakin dengan doa ibu bapa, itulah prinsip dan kata-kata azimat yang sentiasa dipegang oleh Nur Sofhia Izzaty Mohamad Azizi, 23 graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Shahnizan Imran rangkul Anugerah Kecemerlangan Ir. Kee Book Hee UMPSA

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Berjalan mengikut keselesaan tetapi keluar dari kepompong menjadi prinsip dan kunci kejayaan Shahnizan Imran Mohd Nazri, 24 penerima Anugerah Kecemerlangan Ir. Kee Book Hee pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Ganbang. 

Tidak hanya itu, beliau turut berpegang untuk tidak menghiraukan kata-kata dan pandangan negatif orang lain yang ingin menjatuhkannya.

Subscribe to Convocation