Skip to main content

UMPSA rai graduan CBTM di Majlis Makan Malam 

KUANTAN, 29 Oktober 2024 - Majlis Makan Malam CBTM 5.0 2024 telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini bagi meraikan graduan-graduan Program Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) Kohot Ke-5 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Hotel Grand Darul Makmur. 

Majlis itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Tong Hui Shan terima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings

GAMBANG, 25 Oktober 2024 - “Ketika memulakan sesi pembelajaran pada semester pertama kira-kira empat tahun yang lalu, saya hampir berputus asa kerana terpaksa menjalani norma baharu belajar secara dalam talian akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa itu.

“Namun, saya bersyukur kerana mendung tersebut telah berlalu dan saya dapat menjalani kehidupan kampus yang normal. 

Sanjay dan Devapriyaa pasangan suami isteri berkongsi pentas di Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19

GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 hari ini membawa detik manis buat pasangan suami isteri, Erik Sanjay a/l Gustian, 44, dan Devapriyaa a/p Supramania Das, 43, apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian Master Eksekutif Pengurusan Korporat.

Devapriyaa berkata mereka berusaha berkomunikasi dengan baik dan menetapkan jadual untuk pembelajaran dan waktu bersama. 

Muhammad Uwais terima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Menurut Muhammad Uwais Jainal Rasol, 21 tahun dia telah mencapai satu lagi kejayaan dalam hidupnya. 

“Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh Diploma Kejuruteraan Kimia dan Proses dan juga Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19.

“Saya mengakui bahawa pencapaian ini bukan hanya untuk diri saya tetapi juga untuk ibu bapa, pensyarah, dan rakan-rakannya yang sentiasa memberi sokongan pada saya selama ini,” ujarnya. 

Gokilavani ibu tunggal berjaya genggam segulung ijazah

GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Berkahwin pada usia muda, namun perkahwinan tidak kekal lama, Gokilavani Kanesan, 37, tidak patah semangat dengan suratan hidupnya.

Beliau berjaya memperoleh Bachelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari UMPSA Advanced dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 pada sesi keenam. 

Sebelum itu, beliau memperoleh Diploma Perakaunan LCCI pada tahun 2016.

Subscribe to Convocation