Pecah Tradisi Keluarga merantau keluar, Farah Ariqah bukti kejayaan terima Hadiah Kecemerlangan Anak Sabah
GAMBANG, 29 Oktober 2024 - Farah Ariqah Puddin, 24 yang merupakan anak sulung kepada pasangan Puddin Man, 56 dan Siti Rajiah Muslimin, 56, memilih untuk memecahkan tradisi keluarga untuk menyambung pengajian di luar Sabah.
Siapa sangka pilihannya itu menjadikan anak jati Sabah ini akhirnya dipilih sebagai penerima Hadiah Kecemerlangan Anak Sabah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang.