Muhammad Azfar hampir terlepas peluang ke Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19
GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Keterujaan sekeluarga menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 pada hari ini hampir terlerai apabila mereka sekeluarga mengalami kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan menuju ke Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang.
Graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Muhammad Azfar Farhan Mohd Tarmizi, 22, hampir terlepas peluang naik ke pentas konvokesyen apabila kenderaan yang dipandu abangnya mengalami kemalangan.