Skip to main content

Hanya tahu membaca semasa di tingkatan 2, Ali Pengurus Ladang dari Sabah berjaya genggam segulung ijazah

GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Hanya tahu membaca semasa berada di tingkatan dua, Ali Asman@Edit Jailani, 49 selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan dan guru.

Malah, beliau juga turut didenda naik di atas kerusi dan meja serta muka diconteng. 

Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis, Paitan dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan. 

Aktif dalam Program Khidmat Masyarakat, Muhammad Syafiq terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial

GAMBANG, 27 Oktober 2024 - Muhammad Syafiq Mohd Wahidan, 24, anak kepada pasangan pesara tentera, Mohd Wahidan Amat Karim, 50 dan guru, Aizamiah Ahmad, 48 telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMSPSA Kampus Gambang. 

Noor Haziah raikan kejayaan tanpa bapa disisi

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Hari konvokesyen merupakan detik yang bersejarah buat para graduan dan keluarga meraikan kejayaan mereka setelah penat lelah menuntut ilmu selama beberapa tahun akhirnya terbalas dengan kejayaan. 

Namun, perjalanan untuk mencapai puncak ini bukanlah mudah dan pastinya mempunyai onak dan duri apatah lagi memulakan pembelajaran pada tahun 2020 yang mana pada masa itu keadaan satu dunia menimpa Pandemik Covid-19. 

Hilang tempat bergantung, Muhammad Syafiq Aiman nekad genggam segulung ijazah

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Tidak pernah menduga akan kehilangan sosok penting seawal usia 13 tahun dalam hidupnya, Muhammad Syafiq Aiman Suhirman nekad untuk mengubah kehidupannya sekeluarga.

Anak kelima daripada lapan orang adik-beradik ini meneruskan pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan menceburi bidang perniagaan.

Katanya, beliau bukan berasal daripada keluarga yang senang.  

UMPSA pertama kali raikan graduasi ijazah dual dengan Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU)

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Buat julung kalinya, Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 meraikan pelajar ijazah dual di antara UMPSA dengan Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), Kazakhstan. 

Penganugerahan ijazah itu telah disempurnakan oleh Pro-Canselor UMPSA, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

47 graduan terima Diploma CBTM tingkat kompetensi bakat kepimpinan

GAMBANG, 29 Oktober 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meraikan pencapaian seramai 47 graduan daripada Program Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 yang berjaya menamatkan program ini pada tahun ini. 

Program ini direka khas bagi memenuhi keperluan pengamal Sumber Manusia di universiti dalam mengurus bakat menggunakan pendekatan berasaskan kompetensi.

Subscribe to Convocation