Skip to main content

Muhammad Syafiq, graduan TVET terima Anugerah Kecemerlangan Perodua

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Biarpun agak terkejut namanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Perodua pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19, namun Muhammad Syafiq Abdul Razak, 25, tetap bersyukur apabila kerja keras yang diusahakannya selama ini membuahkan hasil.

Puteri Nurulain graduan TVET terima Anugerah Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff UMPSA

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Puteri Nurulain Rahimin, 25 berasa terkejut dan tidak menyangka dinobatkan sebagai penerima Anugerah Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)Ke-19 hari ini. 

Katanya, beliau tidak pernah terfikir untuk mendapat sebarang anugerah kerana di luar sana masih ramai lagi pelajar-pelajar yang lebih bagus. 

“Walau bagaimanapun, saya tetap rasa bersyukur diberi peluang dan penghargaan sebegini.

Anugerah Kecemerlangan Malakoff Corporation milik Jeevanraj

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Menerima Anugerah Dekan sepanjang pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan (Infrakstruktur) dengan Kepujian dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Jeevanraj a/l Selvaraj, 25, berbangga menjadi antara penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 yang berlangsung hari ini. 

83 graduan Doktor Falsafah UMPSA tamat pengajian tahun ini

GAMBANG, 25 Oktober 20204 - Seramai 83 graduan Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diraikan sempena kejayaan mereka menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 tahun ini. 

Kesemua mereka diraikan dalam Hooding Ceremony for PhD Graduans 2024 anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS). 

Daripada jumlah tersebut, 53 orang adalah graduan tempatan manakala 30 lagi merupakan graduan antarabangsa daripada pelbagai negara.

Kekurangan bukan halangan Muhammad Adhwa berjaya genggam ijazah

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Muhammad Adhwa Mohd Salemi, 24, membuktikan kekurangan dirinya bukanlah batu penghalang untuknya terus berjaya mengenggam ijazah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan untuk terus maju.

Charissa Endar terima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan dengan Kepujian, Charissa Endar, 24, menerima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19  bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang. 
Beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.85. 

Subscribe to Convocation