Skip to main content

Varian Delta akan terhapus sekiranya rantaian jangkitan dibendung

Proses evolusi bagi virus SARS-CoV-2 berlaku dengan amat pantas. Sejak tercetusnya pandemik pada tahun lalu, berbagai-bagai varian yang baharu telah muncul melalui proses mutasi. Terkini, seluruh dunia telah digemparkan dengan kemunculan varian Delta atau B.1.617.2 yang tidak pernah diundang. Sejak varian ini mula dikesan di India pada Disember 2020, ia telah tersebar ke seluruh pelosok dunia meliputi lebih 98 negara dalam tempoh hanya sebulan.

10 pemandu UMP tunai tanggungjawab sukarelawan

PEKAN, 17 Julai 2021 - Setiap profesion dan setiap individu daripada pelbagai latar belakang kerjaya memainkan peranan dalam memerangi ancaman virus COVID-19 demi memastikan rakyat dan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera.

Selain petugas kesihatan dan keselamatan, terdapat juga kumpulan adiwira atau hero yang turut sama menyokong usaha dan menyumbang bakti ketika negara masih dilanda penularan pandemik COVID-19.

PKRC Gambang kebersamaan UMP tangani Covid-19

KUANTAN, 1 Jun 2021 - Pemilihan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) keenam di negeri ini adalah sebagai persediaan untuk menampung lebih ramai pesakit.

PKRC ini diwujudkan berikutan kapasiti wad di hospital adalah terhad untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko rendah.

Justeru, pesakit yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi dan mampu menguruskan diri sendiri akan ditempatkan di sini.

COVID-19: Penyesalan Terbesar Umat Manusia Moden

Lima tahun yang lalu pada tahun 2015, seorang jutawan dan pengasas bersama syarikat Microsoft, Bill Gates telah memberi amaran kepada dunia tentang kemunculan suatu pandemik dahsyat yang bakal melanda alam sejagat. Pandemik ini turut diramalkan bakal memakan korban jutaan nyawa manusia dan memberi impak terhadap kekayaan global dengan nilai anggaran kerugian mencecah sehingga USD 3 trillion. Malangnya, dunia memandang sepi amaran hartawan tersohor itu. Tiada sebarang daya usaha yang sewajarnya dilakukan oleh mana-mana negara kuasa besar dunia.

OFFICIAL STATEMENT COVID-19 CRISIS: AMENDMENT TO NEW DATES FOR PHYSICAL ADMISSION TO CAMPUS FOR SEMESTER II, ACADEMIC SESSION 2020/2021

1.    Universiti Malaysia Pahang (UMP) had issued an official statement regarding the Students Physical Admission to Campus for Semester II, 2020/2021 on 2 February 2021 and the government’s announcement on the extension of the Movement Control Order (MCO) for all states except Sarawak until 18 February 2021. The university has agreed to amend the dates for the physical re-entry of students as follows:

Subscribe to COVID19